Pengalaman air merasa pahit tanpa sebarang sebab dan diikuti dengan perasaan distres

YogitaYogita Apte telah melakukan amalan kerohanian di bawah bimbingan Yayasan Penyelidikan Sains Kerohanian (SSRF) sejak tahun 2000. Dia tinggal di Ashram SSRF di Goa,India sejak tahun 2003. Sebagai sebahagian daripada amalan kerohaniannya, dia menawarkan masanya secara percuma di bahagian yang mengurus penyusunan teks-teks suci. Dalam kajian kes ini dia menerangkan dalam perkataan sendiri pengalamannya mengenai air di dalam botol airnya tiba-tiba bertukar menjadi rasa yang agak pahit, semasa dia berkhidmat di bahagian teks-teks suci.

Pada 1 Julai 2005, saya sedang bertugas dengan menggunakan komputer saya di bahagian penyusunan teks-teks suci di Ashram SSRF di Goa, India. Seorang pencari yang duduk di sebelah saya meminta untuk minum air dari botol air saya. Saya terkejut dengan permintaan dia kerana saya dapat melihat dia mempunyai botol sendiri yang diisi dengan air. Saya bertanya kepada wanita tersebut mengapa dia meminta air dari botol saya sedangkan dia mempunyai botol sendiri yang mempunyai air. Dia menjelaskan bahawa air di dalam botolnya telah mengeluarkan bau yang busuk. Oleh kerana saya tahu bahawa dia kerap diserang oleh hantu (syaitan, iblis, tenaga negatif dan lain-lain) untuk mewujudkan halangan dalam amalan kerohanian saya sedar bahawa bau busuk di dalam botol air itu adalah disebabkan oleh serangan oleh hantu.

Saya telah menghulurkan botol air saya kepadanya. Ketika menghulurkannya saya mendapat perasaan bahawa ‘saya tidak harus minum air itu lagi’, kerana saya merasakan bahawa air ini juga kini menjadi sasaran hantu.

Kerana saya terlalu asyik dalam kerja saya, saya benar-benar terlupa tentang kejadian tersebut dan telah meminum air dari botol air saya. Sebaik sahaja saya meminum air itu saya rasa pahit di mulut saya. Rasa pahit ini kemudian diikuti dengan rasa loya dan berat kepala (heaviness) dan sakit di kepala saya.

– Yogita Apte, SSRF Ashram, Goa, India.

Sains kerohanian di sebalik pengalaman

Matlamat hantu (syaitan, iblis, tenaga negatif dan lain-lain) adalah untuk menghalang penyebaran ilmu Kerohanian. Penyebaran kerohanian mengakibatkan amalan kerohanian / spiritual yang akhirnya menyebabkan peningkatan komponen asas halus Sattva (subtle basic Sattva component) dalam persekitaran. Sama seperti manusia menjadi distres disebabkan oleh komponen asas halus Tama (subtle basic Tama component) contohnya bau busuk dan sebagainya, tamasik (tāmasik) hantu (syaitan, iblis, tenaga negatif dan lain-lain) akan mendapat masalah / terganggu oleh sattvikta (sāttviktā). Mereka berusaha sedaya upaya untuk memberikan masalah kepada pencari melalui pelbagai cara dan kaedah yang bertujuan untuk mewujudkan halangan dalam amalan kerohanian mereka. Senjata utama yang digunakan oleh hantu adalah tenaga hitam (black energy).

Semua ciptaan Tuhan adalah terdiri daripada lima Prinsip Kosmik (Panchatattva). Bergantung kepada Prinsip Kosmik tertentu yang digunakan oleh hantu (syaitan, iblis, tenaga negatif dan lain-lain) kita mengalami tenaga hitam ini dalam pelbagai bentuk. Sebagai contoh jika tenaga hitam ini memanifestasikan diri / menunjukkan diri dengan jelas (manifest) melalui Prinsip Mutlak Bumi (Absolute Earth Principle) (Pruthvitattva) kita akan mengalaminya seperti bau yang busuk. Jika ia memanifestasikan diri melalui Prinsip Mutlak Air (Absolute Water Principle) kita akan mengalaminya sebagai rasa pahit atau masam dan sebagainya.

Dalam kes di atas hantu pertama menggunakan Prinsip Mutlak Bumi untuk menghasilkan bau busuk di dalam air pencari tersebut. Apabila pencari meminum air dari botol Yogita, hantu yang telah memberi distress / masalah kepada pencari tersebut juga mempengaruhi botol air Yogita. Di sini, di peringkat seterusnya hantu menggunakan Prinsip Mutlak Air untuk menghasilkan rasa yang agak pahit di dalam air Yogita.

Dengan pengambilan air yang penuh dengan tenaga hitam, tenaga hitam dipindahkan ke badan orang tersebut. Kemudian tenaga hitam berfungsi pada tahap fizikal dan tahap halus (subtle-level) di dalam badan orang yang disasarkan untuk menghasilkan distres/tekanan. Gejala-gejala distres/tekanan ini adalah berbeza-beza seperti rasa loya, rasa berat badan, kurang jelas dalam pemikiran, kekurangan semangat untuk melakukan amalan kerohanian/spiritual dan lain-lain. Hasilnya, ia menyekat amalan kerohanian pencari dalam beberapa cara atau yang lain.