Bagaimanakah pengucapan dan pengulangan menjadi amalan kerohanian yang sesuai dengan prinsip-prinsip dasar Kerohanian?

Menurut ilmu sains kerohanian, mengucapkan dan mengulangi Nama Tuhan menurut agama seseorang dilahirkan adalah dasar yang disarankan untuk amalan kerohanian dewasa ini; iaitu era perselisihan (Kaliyug). Hal ini disarankan untuk diamalkan di sepanjang perjalanan kerohanian seseorang. Mengucapkan dan mengulangi Nama Tuhan dapat dilakukan di mana- mana sahaja dan bila-bila masa sahaja dan merupakan cara yang paling selesa bagi amalan kerohanian di dunia dewasa ini.

Amalan kerohanian ini, selain selesa juga menepati syarat-syarat 6 prinsip-prinsip asas kerohanian yang telah disebutkan sebelumnya.

Prinsip Kerohanian Bagaimana pengucapan dan pengulangan sesuai dengan prinsip-prinsip asas Kerohanian

Banyak jalan menuju ke arah Tuhan sebagaimana bilangan orangnya

Setiap orang tidak diharapkan untuk mengucapkan dan mengulangi Nama Tuhan yang sama. – Setiap individu boleh mengucapkan dan mengulangi nama Tuhan yang sesuai dengan agama mereka dilahirkan atau nama Dewa keluarga masing-masing bagi penganut agama Hindu

Dari banyak ke satu

Kita bermula dari banyaknya kata-kata dalam doa menuju ke hanya satu perkataan, iaitu Nama Tuhan. Sepatah perkataan ini merupakan bentuk tertumpu / terkonsentrasi dari Kuasa Tuhan.

Dari fizikal ke bukan fizikal

Seseorang berkembang dari sekadar mengikut ibadah tatacara / ritual keagamaan kepada amalan kerohanian yang bukan fizikal seperti mengucapkan dan mengulangi Nama Tuhan yang dapat dilakukan di mana- mana sahaja tanpa apa-apa halangan.

Mengikut tahap kerohanian

Pengucapan dan pengulangan adalah prinsip asas bagi amalan kerohanian. Ketika seseorang bergerak menuju ke tahap amalan kerohanian yang lebih tinggi, seseorang akan maju ke peringkat pengucapan dan pengulangan Nama Tuhan yang semakin lebih tinggi secara beransur-ansur, seperti mengucapkan dan mengulangi Nama Tuhan tanpa pergerakan bibir, kemudian secara mental dan akhirnya secara berterusan tanpa berhenti.

Bersesuaian untuk era ini

Menurut ilmu pengetahuan kerohanian, pengucapan dan pengulangan adalah amalan kerohanian yang disarankan untuk umat manusia di era ini. Hal ini juga telah disokong ulama-ulama kerohanian dan orang-orang yang maju dari segi kerohanian atau Guru-Guru kerohanian pada era Kaliyug ini.

Mempersembahkan kepada Tuhan bersesuaian dengan bakat atau kemampuan anda

Kita terus-menerus mengingati Nama Tuhan dengan mengucapkan dan mengulangi NamaNya sepanjang hari dan dengan cara ini kita mempersembahkan fikiran kita kepadaNya. Hal ini jauh lebih baik dibandingkan dengan hanya terperangkap dalam hal-hal duniawi atau fikiran-fikiran yang tidak perlu atau fikiran negatif.