Khidmat (bakti) kepada Tuhan (Satseva)

Inil adalah langkah seterusnya dalam pengamalan kerohanian. Di sini seseorang telah memahami kepentingan amalan kerohanian dan telah dirahmati dengan beberapa pengalaman kerohanian apabila mengucap & mengulangi Nama Tuhan serta menghadiri satsang (perkumpulan Tuhan). Seseorang dapat melihat kesan positif terhadap kehidupan dan berasa bahagia tanpa mengira situasi yang dialaminya. Pada ketika ini dalam perjalanan kerohanian, seseorang bertanggungjawab untuk berkhidmat / berbakti kepada Kebenaran Mutlak / Tuhan (satseva).

Cara yang terbaik bagi seseorang untuk berhidmat / berbakti kepada Tuhan adalah membantu dalam menyebarkan pengetahuan kerohanian ini. Sebagai contoh, memberitahu orang lain tentang apa yang telah dipelajari dan dialaminya supaya mereka juga boleh mendapat manfaat daripada perubahan yang positif dalam kehidupan mereka. Kami mempunyai para pencari Tuhan (seekers) yang menyebarkan kerohanian dengan memberi ceramah secara percuma, untuk menyedarkan orang ramai mengenai ilmu pengetahuan kerohanian. Mereka tidak mendapatkan wang untuk ini – maka apakah manfaat bagi mereka? Mereka mendapat perasaan dalaman / batin iaitu kebahagiaan abadi (Bliss / Anand), yang tidak dapat diberikan oleh jumlah wang atau kejayaan duniawi yang dinikmati. Ada pencari Tuhan yang tidak selesa dengan memberi ceramah, maka mereka boleh menulis artikel untuk akhbar atau menggunakan kemahiran komputer mereka untuk membantu dalam kerja-kerja laman web yang berkaitan. Laman web ini juga merupakan satu contoh khidmat / bakti kepada Tuhan. Beberapa orang berkhimat kepada Tuhan melalui bakat seni dengan mereka bentuk liputan halaman buku-buku kerohanian, sedangkan beberapa pencari Tuhan membantu para pencari Tuhan yang lain dengan membeli tiket kereta api apabila mereka pergi ke ceramah – ceramah kerohanian. Seorang pencari (Tuhan) wanita yang setia tidak mempunyai sebarang kemahiran yang dinyatakan di atas untuk ditawarkan tetapi dia adalah seorang tukang masak yang handal. Maka, dia akan membungkus makan tengah hari untuk para pencari Tuhan yang terpaksa ke luar bandar untuk menyampaikan ceramah-ceramah kerohanian. Sila lihat artikel tentang 'Bagaimanakah saya boleh menyumbang kepada SSRF?'

Apa yang terbaik yang dapat kita lakukan, kita haruslah menawarkannya kepada Tuhan dengan pengabdian (ketaatan) di dalam hati kita. Sikap kita seharusnya menawarkan khidmat / bakti dengan rendah hati (diri) dan bukannya dengan ego – bahawa seseorang itu memberikan begitu banyak.

Berikut adalah perbandingan mengenai berapa banyak kita mendapat manfaat daripada setiap tahap amalan kerohanian. Jika kita menganggap khidmat / bakti kepada Tuhan (Satseva) adalah 100% bermanfaat, maka satsang adalah 30% bermanfaat dan mengucap dan mengulangi Nama Tuhan adalah 5% bermanfaat.