Kepentingan doa

Salah satu kriteria penting yang akan menentukan kemajuan kerohanian kita adalah tahap pembubaran minda / fikiran, intelek dan ego kita (Lihat nota kaki 2 di bawah)

Masalah yang kita semua hadapi sejak lahir adalah ibu bapa kita, guru – guru dan teman – teman telah banyak mempengaruhi pancaindera, minda/fikiran dan intelek kita. Di dunia ketika ini banyak penekanan diberikan pada kecantikan luaran, individu, gaji kita, lingkaran pertemanan kita dan sebagainya. Bagi kebanyakan daripada kita, tidak pernah sekalipun diberitahu bahawa tujuan hidup kita adalah untuk melampaui diri sendiri untuk bersatu denganTuhan di dalam diri kita.

Jadi, ketika kita memulakan amalan kerohanian, kita juga harus melupakan atau meninggalkan pembentukan / penyesuaian yang kita lalui bertahun-tahun yang mengajar kita untuk menumpukan pada pancaindera, minda / fikiran dan intelek kita. Doa adalah alat penting untuk mengurangkan pergantungan kita pada pancaindera, minda / fikiran dan intelek serta dapat membantu kita melupakan pembentukan / penyesuaian yang kita lalui bertahun-tahun.

Tindakan doa itu sendiri menandakan / menunjukkan bahawa orang yang berdoa menganggap kekuatan yang disembah olehnya sebagai yang lebih berkuasa daripadanya. Oleh kerana itu dengan berdoa seseorang menyatakan ketidakupayaannya serta berserah diri dan memohon bantuan. Ini adalah tamparan bagi egonya kerana berdoa menunjukkan bahawa seseorang mencari bantuan daripada minda/fikiran dan intelek yang lebih tinggi berbanding dirinya. Jadi dengan seringkali berdoa kita melampaui minda/fikiran dan intelek kita yang terbatas dan mencapai Minda / Fikiran dan Intelek Alam Semesta yang lebih tinggi. Seiring dengan perjalanan masa, hal ini memberikan sumbangan bagi pembubaran mind/fikiran dan intelek. Maka dengan itu doa yang diucapkan secara sering dan ikhlas untuk pertumbuhan kerohanian membantu dalam pembubaran minda/fikiran, intelek dan ego.