Konsep ‘Keinginan sendiri’ (Swēchhā), ‘Keinginan orang lain’ (Parēchhā) dan ‘Keinginan Tuhan’ (Ishwarēchhā) dalam amalan dan pertumbuhan kerohanian

1. Definisi

Perkataan ‘ichhā’ dalam bahasa Sanskrit bermaksud keinginan. Sesuai dengan hal itu:

  • Swēchhā: ‘Swa’ bermaksud saya atau milik saya. Bertindak dalam pola Swēchhā bermaksud melakukan segala hal sesuai dengan keinginan sendiri.
  • Parēchhā : ‘Par’ bermaksud orang lain. Bertindak dalam pola Parēchhā bermaksud melakukan segala hal sesuai dengan keinginan orang lain.
  • Ishwarēchhā : ‘Ishwar’ bermaksud Tuhan. Bertindak dalam Ishwarēchhā bermaksud melakukan segala keinginan/ firman Tuhan.

2. Konsep ‘Keinginan sendiri’, ‘Keinginan orang lain’dan ‘Keinginan Tuhan’dalam amalan dan pertumbuhan kerohanian

Sebahagian besar daripada kita mengaitkan / mengidentifikasikan diri hanya dengan tubuh (pancaindera / 5 deria), minda dan intelek. Hal ini juga dikenali sebagai ego kita. Namun, ilmu kerohanian mengajar kita bahawa hakikat kita yang sebenarnya adalah Jiwa (Roh/ Atma) atau Prinsip Tuhan dalam diri kita masing-masing. Sifat semula jadi Jiwa adalah kebahagiaan abadi (Anand / Bliss), iaitu keadaan superlatif daripada kebahagiaan yang tidak tergantung pada apa-apa stimulus / rangsangan. Secara umumnya, tujuan amalan kerohanian adalah untuk membuat kita:

  • Mengurangkan dan akhirnya menghilangkan identifikasi diri kita dengan pancaindera minda dan intelek.
  • Mengidentifikasi dan mengalaminya diri sebagai Jiwa / Roh (Prinsip Tuhan) dalam diri kita.

Salah satu pola untuk melakukan hal tersebut adalah dengan bergerak dari ‘keinginan sendiri’ (swēchhā) ke ‘keinginan orang lain’ (parēchhā) dan akhirnya ke ‘keinginan Tuhan’ (ishwarēchhā sebagai sebahagian daripada amalan kerohanian kita.

Apabila kita melakukan hal-hal mengikut ‘keinginan kita sendiri’ (swēchhā), ini bererti ia sesuai dengan apa yang diingini oleh pancaindera, minda dan intelek kita. Ketika kita terus menyerah pada hasrat-hasrat / keinginan ini, kita hanya meningkatkan ketergantungan dan identifikasi diri dengan pancaindera, minda dan intelek. Hal ini membuatkan kita tidak mungkin untuk memahami dan mengalami Jiwa/Roh dalam diri kita. Bertindak sesuai dengan pola sweccha tersebut adalah seperti kelakuan seekor binatang yang sedikit atau tidak peduli pada yang lainnya.

Ada pepatah yang mengatakan bahawa dengan menghiraukan sesuatu, kita mengurangkan pengaruh hal tersebut pada kita. Kita boleh menggunakan prinsip yang sama  dalam amalan kerohanian kita. Apabila kita mendengar dan mematuhi keinginan-keinginan orang lain (parēchhā) secaraautomatik kita memberikan sedikit keutamaan dan mengabaikan keinginan-keinginan kita sendiri (swēchhā). Apabila kita biasa dengan bertindak dalam pola pareccha, kita bermula mengurangkan ego kita (iaitu membubarkan pancaindera, minda dan intelek).

Marilah kita mengambil sebuah contoh daripada seseorang yang bertindak dalam pola parēchhā:

Mark dan Elizabeth merupakan pasangan yang telah berkahwin dan pada suatu  malam Jumaat mereka berdua ingin melakukan hal-hal yang berbeza. Elizabeth ingin pergi ke konsert dan Mark ingin pergi ke pertandingan bola sepak. Mark yang melakukan amalan kerohanian tahu akan konsep parēchhā dan oleh sebab itu dia memberi jalan untuk keinginan Elizabeth. Dia tidak jadi pergi ke pertandingan bola sepak dan pergi ke konsert dengan Elizabeth. Dengan sikap ini, Mark berkembang maju secara kerohanian kerana dalam hal ini, dia telah mengabaikan keinginannya sendiri yang muncul daripada pancaindera (5 deria), minda dan intelek.

 Parēchhā yang sebenarnya adalah berfikir tentang keinginan orang lain sebagai keinginan anda sendiri.

Dengan semakin teratur dan meningkatnya jumlah amalan kerohanian ditambah dengan berada dalam pola pareccha, pada masanya seseorang akan cukup membubarkan identifikasi yang dia miliki dengan pancaindera, minda dan inteleknya. Pada tahap ini, seorang Guru dalam bentuk fizikal muncul dalam kehidupan seseorang.

Seorang Guru memiliki akses ke dalam Minda dan Intelek Semesta serta bertindak sesuai dengan kehendak Tuhan. Dengan mendengar-Nya dan bertindak sesuai dengan petunjuk-petunjuk-Nya, maka seseorang bertindak sesuai dengan kehendak Tuhan (Ishwarēchhā). Apabila ego seseorang telah cukup terbubar (dissolved) (iaitu pada tahap Orang Suci / Alim (Saint) seseorang  dapat memiliki akses langusng ke Minda dan Intelek Semesta serta kemudian secara langsung dapat bertindak sesuai dengan kehendak Tuhan. Bertindak sesuai dengan kehendak Tuhan (Ishwarēchhā) memberikan kita pengalaman akan Tuhan Sendiri.

3. Beberapa soalan yang kerap ditanya mengenai konsep ini

1. Sampai setakat manakah seharusnya kita melakukan parēchhā? Kalau seseorang meminta kita untuk melakukan sesuatu yang tidak betul / tidak patut haruskah kita tetap melakukan parēchhā atau haruskah kita menggunakan akal kita dan berkata ‘tidak’?

Jawapan: Kita perlu mengingati bahawa apabila melakukan parēchhā menyebabkan ganguan pada amalan kerohanian kita, maka adalah tidak baik untuk melakukan parēchhā tersebut. Jika sesuatu hal mempunyai 50% betul/patut dan 50% salah/tidak patut, maka seseorang masih dapat melakukan parēchhā. Hal ini murni dilihat dari sudut pandangan kerohanian di mana tujuannya adalah untuk mengurangi ego seseorang dengan mendengar pada orang lain dan bertindak sesuai dengan kehendak mereka. Hal ini bukan dilihat dari sudut pandangan duniawi. Contoh di paragraf selanjutnya menjelaskan hal ini lebih lanjut.

2. Haruskah kita melakukan parēchhā di rumah dengan keluarga sahaja atau melakukannya dengan siapapun sahaja yang berhubungan dengan kita?

Jawapan: Kita seharusnya melakukan hal tersebut bila-bila masa yang mungkin tanpa adanya halangan terhadap amalan kerohanian kita.

Contohnya: Jika seseorang meminta kita untuk melakukan sesuatu seperti pergi ke cinema/pawagam setiap hari kerana mereka menginginkannya, kita perlu mengawal diri (restraint) dalam kes tersebut. Hal ini disebabkan kerana kita tidak mempunyai masa yang cukup untuk pergi ke cinema setiap hari dan juga menyelesaikan tugas-tugas duniawi serta amalan kerohanian kita. Tetapi katakanlah seorang kawan kita ingin pergi untuk menonton cinema setiap minggu dan walaupun kita merasa hal itu membuang masa, kita boleh pergi dari perspektif bahawa kita sedang berada dalam pola parēchhā.

3. Bagaimanakah jika kita melakukan parēchhā dengan tentangan dan kemarahan?

Seseorang harus memahami faedah kerohanian daripada parēchhā. Kadang kala bahkan setelah pemahaman pada tahap intelektual bahawa seseorang seharusnya berada dalam pola parēchhā dalam satu situasi tertentu, orang tersebut masih mempunyai banyak tentangan dan reaksi terhadap hal tersebut. Bagi mengatasi tentangan dan reaksi, orang tersebut dapat memberikan saranan kendiri (auto suggestions) bagi dirinya.