Doa kepada Dewa maruti

Mengapa kita perlu menyatakan doa kepada Dewa Maruti khasnya?

Dewa Māruti adalah suatu aspek Prinsip Tuhan yang mempunyai ciri-ciri tersebut (selain daripada yang lain):

1. Maha Berkuasa: Di kalangan semua Dewa, hanya Dewa Māruti  yang tidak diganggu oleh tenaga distres.

2. Tuan kepada hantu-hantu:  Maruti adalah tuan kepada hantu-hantu. Maka seseorang yang dirasuk oleh hantu diambil ke kuil Maruti atau diminta membaca ayat-ayat yang memuji Dewa Maruti

3. Manifestasi Tenaga Ketuhanan: Prinsip Tuhan yang Maha Agung adalah dalam mod Pemerhati. Ia tidak melakukan sebarang fungsi di Alam Semesta. Pelbagai Dewa adalah aspek tanpa atribut Prinsip Tuhan yang fasilitet fungsi-fungsi tertentu dalam Alam Semesta. Demi menjalankan mana-mana fungsi, manifestasi Tenaga Ketuhanan diperlukan. Di kalangan Dewa-dewa, Maruti mempunyai manifestasi Tenaga yang maksimum. Maka apabila seorang dalam distres dan merayu atau berdoa kepada Dewa Maruti, Dia muncul awal dan mengurangkan distres dengan cepat.