Ciri-ciri diingini dan tidak diingini dalam personality

Basic RGB

1. Ciri-ciri diingini dan tidak diingini dalam personaliti

Dalam tutorial sebelum, kita telah membincangkan bagaimana kebanyakan orang mempunyai kira-kira 20 hingga 30 ciri-ciri teras yang membentuk personaliti/keperibadian utama mereka.

Ciri-ciri ini boleh dibahagikan lagi kepada 2 jenis.

1. Ciri-ciri yang diingini (Desirable characteristics): Ini adalah ciri-ciri seperti rajin bertugas atau menunjukkan sifat jujur serta integriti.

2. Ciri-ciri yang tidak diingini (Undesirable characteristics): Ini adalah ciri-ciri seperti bercakap bohong dan bersikap keras kepala.

Ciri-ciri yang diingini dikenali sebagai kualiti/sifat yang baik dan ciri-ciri yang tidak diingini ini dikenali sebagai kelemahan personaliti. Ciri-ciri telah dikumpulkan secara kasar di dalam kedua-dua kategori ini. Kualiti membawa kesejahteraan umum dan mempunyai kesan positif ke atas seorang dan cara penginteraksian seseorang. Kelemahan sebaliknya membawa penderitaan mental kepada kedua-dua orang, yakni yang mempunyai kelemahan tersebut dan juga orang yang berinteraksi dengannya.

2. Menganalisis kelemahan personaliti dan kualiti

Satu kajian mengatakan bahawa terdapat kira-kira lapan belas ribu perkataan dalam Bahasa Inggeris yang memberi tetapan maksud jenis-jenis tingkah laku. Daripada jumlah tingkah laku tersebut kami telah memilih seratus ciri-ciri utama lazim tidak diingini (dipanggil jenis I) dan sejajar dengannya, seratus kualiti yang diingini (dipanggil jenis II). Anda boleh mencari ini dan menganalisis diri sendiri di bawah seksyen kami bertajuk mengatasi kelemahan personaliti. Secara umum, jenis l melibatkan ciri-ciri yang tidak diingini dari sudut akal fikiran, manakala jenis II melibatkan kualiti sepadan yang diingini, misalnya untuk ‘biadab’/‘tidak sopan’ dalam jenis I, kualiti yang sepadan dalam jenis II adalah ‘sopan’. Mengetahui kualiti yang diingini pada diri seseorang mendedahkan sumber kekuatan dirinya yang boleh digunakan untuk membantu mengatasi masalahnya. Hal mengetahui kualiti yang diingini juga membantu orang yang menghadapi masalah untuk meningkatkan harga dirinya (self-esteem).

3. Beberapa pengecualian

Terdapat satu lagi perkara yang perlu diingati, dengan terus mengambilkira semua yang kami telah sebutkan tadi. Sama ada sesuatu ciri dilihat sebagai yang diingini atau tidak diingini juga berbeza dengan setiap individu, misalnya sifat peserah (submissive), merendah diri, perilaku tidak agresif (non-aggressive), dan lain-lain boleh dianggap sebagai ciri-ciri baik pada seorang pembantu rumah (servant), sementara ciri-ciri ini akan dianggap sebagai yang tidak diingini, iaitu kelemahan jika ianya hadir pada seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sesebuah syarikat. Kesangsian/mencurigai boleh dianggap sebagai ciri-ciri yang tidak diingini dalam kebanyakan orang, tetapi ia boleh dianggap sebagai satu ciri yang diingini bagi seorang pegawai dari Jabatan Kriminologi.