01-Malay_dead-ancestors

1. Pengenalan

Para pembaca kami sering menanyakan maksud di sebalik melihat saudara-mara mereka yang telah meninggal dunia kerap kali dalam mimpinya. Segolongan daripada mereka mengalu-alukan melihat saudara-mara yang meninggal dunia dan segolongan lagi berasa takut akan melihat mereka dalam mimpinya. Soalan mereka termasuklah, “Adakah ayah saya telah melangkah maju di akhirat / hidup selepas mati?”, Adakah dia telah pergi ke syurga?, Apakah yang mereka cuba katakan kepada saya? dan sebagainya. Dalam artikal ini, melalui penelitian kerohanian, kami menjelaskan isu ini dari perspektif psikologi dan kerohanian.

Sila baca apakah itu penelitian kerohanian?

2. Apakah sebab di sebalik melihat ahli keluarga yang telah meningggal dunia dalam mimpi?

Melalui penilitian kerohanian kami mendapati bahawa terdapat sebab – sebab psikologi dan kerohanian bagi melihat ahli keluarga yang telah meninggal dunia dalam mimpi. 30% adalah sebab psikologi dan 70 % adalah sebab kerohanian.

Sebab – sebab psikologi termasuklah perasaan bersalah ataupun perasaan menyesal kerana tidak meluangkan masa bersama dengan orang- orang yang disayangi sebelum si mati meninggal dunia ataupun rasa risau mengenai ahli keluarga yang telah meninggal dunia. Di sini bayangan yang terlihat dalam mimpi tersebut adalah hasil letusan daripada minda separa sedar (sub-conscious mind).

Sebab-sebab kerohanian kebanyakannya terbahagi kepada dua. Sebab pertama adalah badan halus (subtle-body) ahli keluarga yang telah meninggal dunia yang memerlukan pertolongan di alam akhirat / hidup selepas mati dan mereka mencuba untuk menghubungi keturunan mereka yang ada di muka Bumi (Bhūlok). Sebab yang lain adalah mereka mencuba menuntut bela , membalas dendam terhadap beberapa orang ahli keluarga.

02-Malay_ancestors-dream

Melalui penelitian kerohanian kita mendapati bahawa (dengan mengambil kira sebab-sebab kerohanian) lebih kurang 70 % masanya, badan halus (subtle body) memerlukan pertolongan di alam akhirat dan 30% masanya, ia adalah untuk membalas dendam atau menyusahkan keturunan di muka bumi yang wujud.

Mimpi boleh diambil kira sebagai bersifat kerohanian jika mimpi yang sama berulang sekurang – kurangnya 3 kali. Ahli keluarga yang telah meninggal dunia secara umumnya cuba menghubungi ahli keluarganya (atau datang dalam mimpi) orang yang besar kemungkinan boleh melakukan sesuatu untuk mereka. Sebabnya adalah badan halus (subtle bodies) di alam akhirat, didapati mudah untuk dihubungi melalui mimpi berbanding dengan keadaan sedar kerana semasa keadaan sedar seseorang yang mereka cuba menghubungi, adalah lebih leka (engrossed) dengan pancaindera dan tidak ada konsentrasi / tumpuan terhadap minda. Semasa dalam keadaan mimpi atau keadaan tidur, minda kita lebih peka kepada pesanan daripada yang halus (subtle).

Kita mendapati bahawa manusia yang mengalami kematian yang tidak nenentu atau yang kejam lebih muncul / datang dalam mimpi berbanding dengan mereka yang mengalami kematian biasa seperti mangalami kematian selepas mengidap penyakit bagi jangka waktu yang lama. Ini adalah kerana orang yang meninggal dunia diebabkan oleh sebab-sebab semula jadi lebih bersedia dari segi mental untuk menghadapi kematian dan oleh kerana itu didapati lebih mudah untuk melangkah maju di alam akhirat. Hanya dalam 10 % kes sahaja tenaga negatif boleh menyamar diri sebagai nenek moyang dalam mimpi.

3. Bagaimana kalau mimpi itu adalah mengenai kawan karib yang telah meninggal dunia secara tiba-tiba?

Walau bagaimanapun, mimpi mengenai nenek –moyang tidak semestinya terhad kepada ahli keuarga yang telah meninggal dunia. Kadang kala kawan karib yang meninggal dunia juga datang dalam mimpi. Tujuan utamanya adalah untuk meminta bantuan kerana mereka berasa rapat dengan orang yang mereka cuba menghubungi berbanding dengan ahli keluarganya di muka bumi ini. Contoh berikut yang diceritakan oleh salah seorang ahli kumpulan penelitian SSRF akan menjelaskan aspek ini.

Baru-baru ini kawan saya, Andrew (bukan nama sebenar), melawat saya di pusat penelitian SSRF dan menceritakan bagaimana dia telah berasa dihantui oleh kebimbangan dengan mimpi kawan karibnya yang telah meninggal dunia dalam kemalangan tragedi. Andrew pernah beritahu sekali , semasa di Universiti , dia tidak pergi berkelah bersama dengan kawan-kawannya kerana dia bertanding dalam acara yang telah dilatih oleh kawannya untuk tujuan tersebut. Semasa perkelahan tersebut, kawannya telah mati lemas.

Andrew telah mengalami perasaan menyesal dan rasa bersalah kerana tidak dapat berada di sana untuk kawannya dan mungkin dapat menyelamatkan nyawa kawannya. Dia tidak berdaya untuk menghadiri upacara pengebumian kawannya. Tidak lama selepas upacara pengebumian, kawan Andrew yang telah meninggal dunia datang dalam mimpi Andrew. Mimpi yang sama muncul setiap kali dan ia berulang setiap beberapa hari. Ini berterusan bagi beberapa tahun. Andrew berasa takut akan mimpi tersebut tetapi dia tidak meminta pertolongan daripada sesiapa atas kejadian tersebut.

Pada suatu hari, selepas beberapa tahun, dia berasa takut dan mengatakan kepada kawannya muncul dalam mimpi. ”Lihat aku meminta maaf kerana tidak dapat berada di sana untukmu. Aku tidak dapat mengubah yang lepas tetapi tidak dapat hidup sebegini, bermimpi mengenai kamu setiap hari yang kedua. Oleh itu apa sahaja yang kamu mahu daripada saya. .. buat apa yang patut kamu lakukan… bunuh saya jika kamu mahu, saya tidak kisah” Bermula dari hari kemudian dia tidak bermimpi mengenai kawannya lagi. Andrew berasa bertegas dengan kawannya dalam mimpi itu adalah tindakan yang betul. Walau bagaimanapun, dari sudut pandangan kerohanian, kesemua yang dikehendaki oleh kawannya yang telah meninggal dunia adalah beberapa pertolongan kerohanian yang dikehendaki daripada kawan karibnya Andrew. Apabila diketahui bahawa Andrew tidak akan memahaminya, badan halus (subtle-body) kawan karib yang meninggal dunia telah berundur, tidak meminta pertolongan lagi.

Tindakan yang seharusnya dilakukan oleh Andrew adalah menolong kawan karibnya yang telah meningggal dunia dengan menjalankan ritual / upacara keagamaan untuk kawannya.

4. Apakah yang seseorang boleh lalukan, pada tahap kerohaniannya untuk membantu orang yang disayangi yang telah meninggal dunia atau ahli keluarganya yang datang dalam mimpi?

  • Nama Shri Gurudev Datta adalah nama yang berkuasa untuk diucap dan diulangi (chant) bagi memberikan penyelesaian kepada apa juga masalah yang disebabkan oleh nenek moyang yang telah meninggal dunia.
  • SSRF juga menyarankan bahawa bagi masalah yang lebih serious (severe problems) yang disebabkan oleh leluhur atau ahli keluarga yang telah meninggal dunia , bersama dengan Nama Shri Gurudev Datta , beberapa ritual tertentu seperti Nārāyaṇa Nāgbali (bagi nenek moyang) , Tripindi shrāddha dan sebagainya akan dijalankan.
  • Berdasarkan kepada tahap kerohanian/kebolehan sami (priest) yang menjalankan ritual dan mantra akan menentukan keberkesanan ritual dan keupayaan untuk menolong nenek moyang yang meninggal dunia yang memerlukan pertolongan di alam akhirat. Ritual yang hanya mengadakan doa adalah lebih kepada tahap psikologi dan mempunyai kesan yang minimum berbanding dengan tenaga yang dihasilkan daripada mantra tertentu.

Kajian Kes

Shourya Mehta, adalah seorang ahli jurutera, telah mendapat mimpi secara berterusan mengenai kakaknya yang telah meninggal dunia setelah mengalami kesakitan selama lebih dari 10 tahun. Ia hanya berhenti setelah ritual tertentu dijalankan.