Konsep-konsep Umum dalam Kerohanian

Belajar mendengar kepada autoriti (pihak berwibawa) dalam kerohanian

Sekiranya televisyen kita tidak berfungsi, kita akan membawanya ke pusat servis yang pakar dalam membaiki televisyen. Apabila kita sakit, kita pergi berjumpa doktor. Demikian juga dalam hal kerohanian. Kita perlu mendengar kepada autoriti (pihak berwibawa) dalam bidang kerohanian. Mengikut sains kerohanian, autoriti dalam bidang kerohanian dikenali sebagai Guru atau Orang Alim Suci (Saint).