1-Malay_LP-prayer

Abstrak

Dalam artikel ini kami memberikan gambaran mengenai bagaimana doa berfungsi. Terdapat dua jenis doa – untuk keuntungan duniawi dan untuk perkembangan rohani. Dengan demikian, doa terkabul oleh aspek-aspek Tuhan yang berbeza-beza. Kajian kerohanian telah menunjukkan bahawa tenaga negatif juga boleh menjawab doa kita, untuk merugikan kita! Tahap kerohanian seseorang adalah faktor yang paling penting yang menentukan doa seseorang dikabulkan. Berdoa untuk keamanan dunia, ia adalah suatu fikiran yang mulia, kemungkinan besar doa tersebut tidak akan dijawab kerana kurangnya tahap kerohanian daripada orang yang berdoa. Paradoksnya, orang yang benar-benar mampu membawa perubahan melalui sebuah doa adalah Orang-orang Suci/Saints, akan tetapi mereka akan melihat doa tersebut bersifat sia-sia kerana mereka telah benar-benar bersekutu dengan kehendak Tuhan dan tidak melihatnya sebagai suatu yang terpisah daripada mereka sendiri. Akhirnya, postur doa juga menyumbangkan kepada terkabulnya doa itu.

1. Pendahuluan mengenai mekanisma doa

Apabila kita menghadapi situasi-situasi yang sukar atau yang tidak dapat diatasi dalam kehidupan seharian, seperti kehilangan sesuatu yang berharga, penyakit yang tidak dapat disembuh, masalah kewangan yang besar, dsbnya., orang akan berdoa kepada Tuhan atau kepada suatu aspek-Nya, juga dikenali sebagai dewa-dewi. Ini adalah doa dengan harapan terhadap kebendaan atau duniawi.

Para pencari Tuhan, iaitu fokus utamanya dalam kehidupan adalah pertumbuhan rohani, juga sering berdoa kepada Tuhan bukan sahaja dalam situasi-situasi yang sukar tetapi juga dalam situasi-situasi seharian. Doa-doa tersebut bukanlah mengenai harapan terhadap duniawi tetapi ia adalah mengenai pertumbuhan rohani dan juga boleh dikatakan sebagai sebahagian amalan rohani mereka.

Artikel ini menerangkan mengenai mekanisma bagaimana kedua-dua jenis doa tersebut dikabulkan/dijawab.

Untuk memahami artikel ini adalah lebih baik, sila baca artikel-artikel ini:

Ia adalah penting untuk mengambil perhatian apabila terdapat masalah atau kesukaran dalam kehidupan, punca utamanya boleh berasal dari sifat fizikal, mental atau rohani. Kajian yang dijalankan oleh SSRF menunjukkan bahawa sehingga 80% masalah dalam kehidupan kita mempunyai punca utama dari alam rohani. Takdir dan leluhur-leluhur yang telah meninggal dunia adalah dua faktor yang penting yang menyebabkan punca masalah dalam kehidupan.

2. Bagaimana doa-doa dijawab/dikabulkan? Apakah mekanismanya?

2.1 Siapa yang menjawab doa-doa kita?

  • Gambarajah berikut menunjukkan siapa yang menjawab doa-doa kita bergantung kepada jenis doa. Secara amnya, doa adalah berbeza mengikut tahap kerohanian seseorang. Sebagai contohnya, seorang yang berada pada tahap kerohanian 30% akan lebih sering berdoa untuk hal-hal duniawi. Seorang yang berada pada tahap kerohanian 50% akan lebih sering berdoa untuk pertumbuhan rohani. Sedemikian, doa-doa akan dijawab oleh pelbagai tenaga halus dalam Alam Semesta. Apa yang menarik adalah tenaga negatif juga akan menjawab doa-doa, sama ada untuk hal-hal yang merugikan diminta oleh seseorang  dan/atau untuk memerangkap seorang dalam pengaruhnya dengan mengabulkan keinginan mereka pada awalnya. Sebagai contoh, seperti ditunjukkan dalam gambarajah di bawah, seorang yang berdoa untuk kematian orang lain akan dibantu oleh entiti halus yang negatif dari Alam Neraka ke-4 (Pātāl). Doa-doa untuk hal-hal keuntungan duniawi biasanya dijawab oleh dewa-dewi atau tenaga positif pada tahap yang rendah. Doa-doa untuk pertumbuhan rohani dijawab oleh dewa-dewi atau tenaga positif pada tahap yang lebih tinggi.
 2-MALAY_Who-answers-prayers-v1
  • Apabila kita berdoa dengan harapan kepada Tuhan atau kepada dewa-dewi tertentu, seperti meminta pekerjaan atau mengatasi suatu penyakit, doa kita, seperti yang dinyatakan sebelumnya, akan dijawab/dikabulkan oleh dewa-dewi pada tahap yang lebih rendah atau tenaga positif pada tahap yang lebih rendah. Mari kita lihat contoh seorang yang berdoa secara intensif untuk mendapatkan pekerjaan. Sekiranya tersirat dalam takdirnya untuk hidup tanpa pekerjaan selama lima tahun, maka tenaga positif yang lebih rendah atau dewa-dewi pada tahap yang lebih rendah akan menjawab/mengabulkan doa dengan mengurangkan tempoh pengangguran lima tahunnya ke suatu masa nanti dalam kehidupan orang tersebut. Malahan, orang tersebut masih akan melalui fasa menjadi penganggur. (Ini adalah kerana tidak kira apa-apa, seseorang perlu menghadapi takdirnya dan ia hanya boleh diatasi dengan amalan rohaninya.)
  • Kadang-kadang dewa-dewi pada tahap yang lebih tinggi juga membantu dalam situasi duniawi seorang pencari jika situasi tersebut menyebabkan halangan dalam pertumbuhan rohaninya.

2.2 Bagaimana doa-doa dijawab/dikabulkan?

  • Apabila seorang berdoa, dia mengingati Tuhan secara intensif dan menjalin dailog intim dengan Tuhan mengenai isu-isu yang sangat dekat dengan hatinya.  Mengikut hukum tindakan dan refleks, Tuhan juga merasa lebih dekat dengannya.
  • Doa mempunyai keupayaan untuk mengaktifkan prinsip-prinsip dewa-dewi (aspek Tuhan) di Alam Semesta. Frekuensi-frekuensi yang amat halus dihasilkan apabila seseorang bersyukur berserta dengan doa. Frekuensi-frekuensi ini mempunyai keupayaan bukan hanya untuk mengaktifkan, tetapi juga menyentuh dewa-dewi tersebut; maka prinsip dewa-dewi diaktifkan lebih cepat. Pengaktifan prinsip dewa-dewi (aspek Tuhan) menunaikan doa-doa. Dewa-dewi menyebabkan penunaian doa-doa dengan kekuatan dari ketekadan. Rujuk kepada artikel siapa itu dewa-dewi?

    Contoh doa-doa yang diikuti dengan kesyukuran:

      • Tuhan, tolong izinkan saya mendapatkan pekerjaan ini, saya amat memerlukannya. Tuhan, terimalah syukur saya kerana memberikan saya pemikiran untuk berdoa.
      • Tuhan, izinkanlah saya melakukan semua aktiviti hari ini sebagai amalan rohani. Tuhan, saya mengucapkan syukur di Kaki Suci mu kerana telah memberikan pemikiran dan telah melaksanakan doa ini melalui saya.
  • Doa menarik frekuensi-frekuensi halus ke arah orang tersebut dan sebagai hasilnya, Raja-Tama  di sekeliling mereka dimusnahkan. Maka, persekitaran orang tersebut menjadi lebih sāttvik. Komponen asas halus Sattva di sekeliling persekitaran meningkat, pemikiran orang tersebut berkurangan dan mereka menjadi sattvik. Ini adalah kerana minda dipengaruhi oleh persekitaran luaran.
Selubung (kosh) adalah lapisan penutup yang sangat halus dari setiap komponen halus tubuh dan sangat kuat. Maka, tubuh vital, tubuh mental, tubuh kausal (intelek) dan tubuh suprakausal (ego halus) masing-masing mempunyai lapisan terpisah di sekelilingnya.
  • Untuk keterangan selanjutnya mengenai tubuh vital dan tubuh mental, rujuk ke “ Kita terdiri daripada apa?”
  • Doa meningkatkan partikel-partikel komponen asas halus Sattva dalam selubung tubuh vital (prāṇa-dēha). Apabila kita bersyukur, partikel-partikel komponen asas halus Sattva dalam selubung tubuh mental (manodēha) meningkat. Maka, doa yang dilengkapi dengan kesyukuran, menghasilkan kesucian rohani terhadap selubung-selubung tubuh vital dan tubuh mental.Oleh sebab kesucian rohani pada selubung tubuh vital dan selubung tubuh mental, tanggapan-tanggapan dalam kedua-dua selubung mula dimusnahkan. Oleh sebab tanggapan-tanggapan berkurangan, pemikiran seseorang diminimumkan dan tarikan terhadap benda-benda duniawi berkurangan. Hal ini menyebabkan peningkatan dalam keinginan untuk Tuhan dan kerinduan untuk bersatu dengan-Nya. Juga, oleh sebab kedua-dua selubung menjadi suci, tenaga negatif tidak boleh masuk ke dalam tubuh.Rujuk ke artikel mengenai Bagaimanakah pengucapan dan pengulangan membantu menyucikan tanggapan-tanggapan di dalam minda kita.
  • Apabila kita berdoa, kita terima ketidakupayaan dalam menyelesaikan masalah diri sendiri dan oleh itu, dengan melihat diri sebagai yang lebih rendah, maka ego berkurangan. Dengan pengurangan dalam ego terdapat kenaikan sementara dalam tahap kerohanian. Ini menyebabkan peningkatan sementara komponen asas halus Sattva. Selanjutnya, apabila kita bersyukur, ia membangkitkan rasa rendah diri dalam kita yang mempunyai kesan yang lebih positif dalam tahap kerohanian kita. Oleh sebab itu,  perhubungan kita dengan Tuhan meningkat. Peningkatan komponen asas halus Sattva sendiri meningkatkan kapasiti kita dalam mengatasi atau menanggung masalah.

3. Bilakah doa kita berfungsi?

Dalam kehidupan kita, 65% peristiwa yang berlaku adalah kerana takdir. Peristiwa-peristiwa yang ditakdir adalah peristiwa-peristiwa yang bukan dalam kawalan kita. Sila rujuk artikel takdir dan tindakan kehendak bebas.

Peristiwa-peristiwa yang ditakdir, sama ada baik atau buruk, pasti akan berlaku dalam kehidupan kita. Peristiwa-peristiwa yang ditakdir yang buruk adalah mungkin dalam rupa penyakit atau perkahwinan yang tidak baik. Orang biasa berdoa kepada Tuhan terutamanya apabila berlakunya peristiwa-peristiwa yang buruk dalam kehidupannya. Mereka berdoa kepada Tuhan untuk meringankan atau membebaskan dari peristiwa buruk. Walau bagaimanapun, kita mendapati bahawa bukan semua doa kita selalu dijawab. Rujuk ke artikel: Takdir sebagai punca rohani dari masalah dalam kehidupan.

Maka apakah hukumnya? Bilakah doa dapat mengatasi peristiwa buruk yang ditakdirkan supaya dengan doa, peristiwa tersebut tidak berlaku atau sekurang-kurangnya melindungi kita daripadanya?

Petuanya adalah:

  • Jika doa lebih kuat daripada intensiti peristiwa yang ditakdirkan, maka doa akan dijawab.
  • Jika intensiti takdir lebih kuat daripada doa, maka doa akan dikabulkan sebahagian atau tidak sama sekali.

4. Apakah yang memutuskan keberkesanan doa seseorang?

Berikut adalah faktor-faktor yang menambahkan keberkesanan doa:

  • Tahap kerohanian orang yang berdoa – lebih tinggi tahap kerohanian, lebih berkesan doanya.
  • Kualiti doa – adakah doa daripada pencari Tuhan bersifat mekanikal, tulus, atau dengan emosi rohani (bhāv).
  • Untuk siapakah seseorang berdoa (contohnya, adakah untuk dirinya atau orang lain) – Apabila kita berdoa untuk orang lain, kekuatan rohani yang diperlukan adalah lebih banyak. Semakin ramai orang dalam masyarakat yang dirancang untuk terpengaruh oleh sesuatu peristiwa, semakin banyak kekuatan rohani yang diperlukan untuk mempengaruh hasil yang diinginkan. Hanya Orang Suci / Saint dengan tahap pencapaian yang lebih tinggi boleh mempengaruh perubahan dalam masyarakat.
  • Ego – Lebih rendahnya ego yang menyumbangkan keberkesanan doa.
  • Apakah postur (mudrā) doa yang digunakan oleh seseorang? Ini menjadi faktor utama untuk sebahagian besar orang, kerana faktor-faktor diatas adalah kurang dalam kebanyakkan orang.

4.1 Tahap kerohanian seseorang dan doa

Tahap kerohanian seseorang yang berdoa adalah salah satu kriteria yang utama yang menentukan keberkesanan doa.

  • Pencari Tuhan dengan tahap kerohanian lebih daripada 60%, doa tidak diperlukan. Mereka bertindak secara emosi rohani / berasakan bahawa ‘Biarkan semua yang berlaku mengikut kehendak Tuhan.’ Mereka sebenarnya mengalami bahawa semua dalam kehidupan mereka yang berlaku dan disediakan adalah kerana kurnia Tuhan. Apabila keadaan ini dicapai, doa tidak diperlukan.
  • Doa daripada orang pada tahap kerohanian kurang daripada 30%, kurang memiliki pengaruh dan yang terbaiknya mereka disediakan dengan manfaat psikologi sahaja. Ini adalah kerana lapisan egonya terlalu besar untuk doa-doa mereka untuk mencapai prinsip ketuhanan.
  • Maka, kita dapat melihat bahawa doa berfungsi secara effektif untuk mereka yang berada di antara tahap kerohanian 30-60%.

Rujuk kepada artikel ‘Rincian populasi dunia mengikut tahap kerohanian’.

Dari masa ke semasa, kita dengar seruan daripada beberapa orang yang berkumpul dan berdoa untuk keamanan dunia, atau untuk tujuan mulia seperti pengurangan pemanasan global. Dari prespektif hasil sebenarnya, ini merupakan usaha terbaik dari segi psikologi. Ini adalah kerana peristiwa-peristiwa utama dunia mempunyai suatu asas rohani yang kuat dan hanya dapat diatasi dengan usaha-usaha rohani oleh seseorang yang rohaninya sudah sangat berkembang seperti Orang Suci / Saint dengan tahap yang lebih tinggi. Walaupun ribuan orang (dengan tahap kerohanian biasa) berkumpul dan melakukan doa yang sama untuk peristiwa utama dunia yang terjadi, ia berumpama jutaan semut cuba mengangkat batu tongkol.

Nota: Beberapa orang mungkin berfikir bahawa jika Orang Suci / Saints boleh mempengaruh perubahan global, maka mengapa mereka tidak mengatur pendamaian dunia atau mengurangkan pemanasan global? Paradoksnya adalah bahawa walaupun Orang Suci / Saint mempunyai kekuatan rohani untuk mempengaruhi peristiwa-peristiwa dunia, mereka mempunyai emosi rohani bahawa hanya Tuhan mengetahui yang terbaik. Juga, oleh kerana mereka berada dalam ‘keadaan pemerhati’ (sakshibhāv), mengikut sifat mereka tidak bercampur dalam rencana Tuhan dan sepenuhnya menurut dengan rencana Tuhan. Mereka mempunyai kesedaran sepenuhnya bahawa atas rencana Tuhan, semua yang berlaku mengikut takdir seseorang dan kolektif. (Peristiwa-peristiwa yang ditakdir adalah peristiwa-peristiwa dalam kehidupan kita yang berlaku kerana tindakan kita yang lalu, baik dalam kelahiran ini atau kelahiran kita sebelumnya.)

5. Apakah postur terbaik untuk doa?

Mengikut kajian kerohanian, SSRF telah mengidentifikasikan dan mengesyorkan mudra  berikut, atau postur, yang paling sesuai untuk mendapat tenaga rohani yang maksimum melalui doa.

Berikut adalah lukisan yang berdasarkan pengetahuan halus yang menunjukkan dua tahap dalam mudra ini dan apakah yang sebenarnya berlaku pada tahap kerohanian ketika seseorang berdoa.

5.1 Penjelasan Tahap 1 postur doa

4-MALAY_Stage1-prayer-mudra

Tahap pertama dalam mudra ini adalah mengangkat tangan seseorang dalam keadaan doa dengan ibu jari menyentuh cakra pertengahan alis (Ādnyā-chakra) (pusat tenaga rohani di pertengahan alis) secara lembut.

Ketika kita tunduk kepala kita dalam posisi doa, ia membangkitkan emosi rohani penyerahan dalam kita. Ini, juga mengaktifkan frekuensi-frekuensi dewa-dewi yang sesuai dari Alam Semesta. Frekuensi-frekuensi ketuhanan ini memasuki melalui hujung jari-jari, yang bertindak sebagai reseptor. Frekuensi-frekuensi ketuhanan ini kemudian disebarkan ke dalam tubuh kita melalui ibu jari di cakra pertengahan alis. Hasilnya, ia meningkatkan tenaga rohani yang positif dalam kita, yang membuat kita merasa lebih ringan atau memberikan kelegaan daripada gejala-gejala distress atau tekanan fizikal atau mental.

5.2 Penjelasan Tahap 2 postur doa

5-MALAY-Stage2-of-prayer-mudra

Selepas seorang selesai berdoa, orang tersebut seharusnya melakukan mudra kedua yang ditunjukkan dalam lukisan berdasarkan pengetahuan halus di atas. Ini bermaksud bukannya menurunkan tangan ke bawah dengan serta-merta, tangan ditempatkan di pertengahan dada dengan sedemikian rupa iaitu pergelangan tangan menyentuh dada. Ini memudahkan proses menyerap keseluruhan kesedaran ketuhanan (Chaitanya) prinsip dewa-dewi. Maka pada awalnya, Kesedaran ketuhanan prinsip dewa-dewi yang telah masuk melalui hujung jari-jari sekarang akan dipancarkan ke kawasan dada, tempat cakra hati (Anāhat-cakra). Sama seperti Ādnyā-cakra, Anāhat-cakra juga akan menyerap frekuensi-frekuensi sattvik. Dengan menyentuh pergelangan tangan di dada, Anāhat-cakra diaktifkan dan membantu menyerap lebih banyak frekuensi-frekuensi sattvik. Apabila diaktifkan, Anāhat-cakra membangkitkan emosi rohani dan pengabdian seorang pencari Tuhan

Dalam tahap mudra doa, seorang perlu mengkaji diri dan berfikir dalam-dalam pengalamannya ketika berada dalam kehadiran Tuhan.

5.2.1 Kedudukan kepala yang betul ketika berdoa

6-MALAY_Prayer-position
7-MALAY_Prayer-position-in-focus

Perkara-perkara yang perlu diambil perhatian:

  • Tubuh sepatutnya tertunduk dan bukannya tegak.
  • Jejari sepatutnya selari dengan pertengahan dahi. Jejari sepatutnya kaku malahan kendur.
  • Jejari sepatutnya menyentuh satu sama lain – bukannya berasingan.
  • Ibu jari sepatutnya dengan lembutnya menyentuh Ādnyā-cakra.
  • Tangan perlu dengan lembutnya ditekan bersama-sama dengan ruang yang sedikit diantara tapak tangan. Sekiranya pencari Tuhan pada tahap kerohanian 50% ke atas, ruang tidak diperlukan di antara tapak tangan.

5.3 Ketika berdoa dengan emosi rohani

Gambarajah berdasarkan pengetahuan halus yang berikut menunjukkan apa yang berlaku ketika seorang pada tahap kerohanian 50% berdoa dengan emosi rohani. Perkara utama yang perlu diperhatikan adalah orang-orang di sekitarnya juga boleh mendapat manfaat dari Kesedaran Tuhan yang didapati oleh orang tersebut. (Rujuk pada bahagian lukisan berdasarkan pengetahuan halus yang menunjukkan 5% frekuensi-frekuensi Kesedaran Tuhan dipancarkan ke luar tubuh). Inilah sebabnya sering boleh diperhatikan bahawa ketika orang berdoa dengan emosi rohani, emosi rohani dalam orang lain yang disekitarnya juga teraktif.

8-MALAY-Praying-with-sp-emotion

5.4 Adakah ini bermaksud bahawa setiap kali kita berdoa kita sepatutnya mengambil posisi ini?

Jika seorang berada pada tahap kerohanian (lebih daripda 50%), frekuensi-frekuensi halus (tidak ketara) Tuhan mula diterima secara langsung melalui Brahmarandhra itu sendiri. Brahmarandhra  adalah pembukaan halus di atas cakra Sahasrar (Sahasrār-chakra) (mengikut sains kerohanian yoga Kunḍalinī) yang memiliki akses ke Minda and Intelek Alam Semesta. Pembukaan halus ini adalah tertutup dalam orang dengan tahap kerohanian yang rendah. Faktor utama yang membantu pembukaan Brahmarandhra adalah tahap ego yang rendah. Ketika kita berada dalam tahap pertumbuhan rohani, keperluan mudra  doa yang diterangkan di atas menjadi semakin kurang dan kurang.

Malahan, jika seorang berada di antara tahap kerohanian 50% dan 80% melengkapi doanya dengan mudra yang disarankan, maka dia akan mendapat manfaat tambahan dari Kesedaran Tuhan. Manfaat tambahan ini adalah 30% lebih banyak dalam seorang yang berada pada tahap kerohanian 50% dan mengikut kadar ia semakin kurang dan kurang apabila tahap kerohanian meningkat.

Oleh kerana kebanyakkan orang tidak berada pada tahap kerohanian yang tinggi, mereka tidak boleh menerima frekuensi-frekuensi Tuhan melalui Brahmarandhra. Kebanyakkan orang (tahap kerohanian 30% – 60%), bagaimanapun, boleh menerima frekuensi-frekuensi halus melalui hujung jejari (walaupun dalam tahap yang lebih rendah), ini adalah kerana hujung jejari kita adalah sensitif untuk menerima atau mengirimkan tenaga halus. Orang yang berada pada tahap ini, adalah terbaik bahawa mereka menggunakan mudra doa yang dicadangkan di atas ketika berdoa. Jika faktor-faktor lain tetap sama, berdoa dengan menggunakan mudra yang dicadangkan, orang tersebut akan menambah 20% keberkesanan doa mereka berbanding dengan tidak menggunakan mudra.

5.5 Perbandingan keberkesanan posisi doa

Kita terdedah pada pelbagai gerakan-gerakan tangan ketika berdoa. Dengan melakukan kajian kerohanian mengenai pelbagai postur tangan (mudras) yang berkaitan dengan doa, berikut adalah temuan kita mengikut keberkesanannya:

Keberkesanan pelbagai jenis posisi tangan

Posisi doa Perbandingan manfaat rohani 1 Tahap tenaga positif yang diakses2 Kuantiti tenaga positif yang diakses 3 Gangguan oleh tenaga-tenaga negatif4
1

8%

Lebih tinggi

30%

2%

2 4% Sederhana 10% 4%
3 2% Lebih rendah 5%/td> 5%
4 2% Lebih rendah 5% 5%

Kaki nota:

  1. 100% mendapat manfaat rohani yang sepenuhnya, yang menyebabkan realisasi Tuhan.
  2. Tahap manifes prinsip dewa-dewi, contohnya, dewa-dewi lebih tinggi, sederhana atau lebih rendah.
  3. Peratusan prinsip dewa-dewi yang diakses.
  4. Ini menunjukkan kemungkinan gangguan tenaga-tenaga negatif dalam doa untuk mengurangkan kepercayaan pencari Tuhan. Tenaga-tenaga negatif mengganggu dalam doa supaya doa tidak dikabul atau dijawab, dan dengan itu mengganggu-gugat kepercayaan seseorang.

Cuba lakukan eksperimen halus dengan sendiri, iaitu anda sebutkan doa yang sama dengan menggunakan setiap satu mudra secara berasingan.

Dalam beberapa kes, orang saling memegang kedua-dua tangan dan berdoa. Ini juga secara rohani amalan yang tidak betul kerana jika orang yang dipengaruh oleh tenaga negatif di sebelah kita, kemungkinan besar tenaga hitam terpindah ke atas kita.

Rujuk ke artikel mengenai ‘Berapa ramai populasi dunia dipengaruh dengan tenaga-tenaga negatif?

6. Ringkasan nota-nota utama mengenai mekanisme doa

  • Tahap kerohanian seorang secara am mendefinisikan bahawa orang tersebut berdoa untuk manfaat pertumbuhan rohani atau untuk manfaat duniawi. Bergantung kepada jenis doa, dewa-dewi pada tahap yang tinggi atau tahap yang lebih rendah yang masing-masing menjawab doa seseorang.
  • Emosi rohani dengan doa mempunyai kesan positif dalam keberkesanan doa seseorang.
  • Bergantung kepada jenis mudra yang digunakan, manfaat yang didapati oleh seseorang melalui doa bervariasi.
  • Semua hal lain masih sama, menggunakan mudra (postur) yang dicadangkan untuk doa membantu meningkatkan kemungkinan doa seseorang dijawab sehingga 20%.
  • Doa yang disebut oleh mereka pada tahap kerohanian yang lebih rendah untuk hal-hal yang mempengaruhi populasi luas, seperti kedamaian dunia atau pengurangan pemanasan global, tidak mempunyai kesan.
  • Ketika seorang bersyukur bersama-sama dengan doa, ia membantu meningkatkan keberkesanan doa orang tersebut.