Apakah maksud ‘terpengaruh oleh hantu’ dan ‘dikuasa oleh hantu’ (penguasaan roh jahat)?

1. Definisi ‘terpengaruh oleh hantu’

Terpengaruh oleh hantu (syaitan, iblis, tenaga-tenaga negatif dsb.) bermaksud fungsi-fungsi fizikal, mental, intelektual atau rohani (atau mana-mana kombinasi) seorang secara keseluruhan dipengaruhi atau diubah oleh hantu dengan menggunakan tenaga hitam hantu. Tidak adanya kawal secara langsung oleh hantu terhadap minda and intelek orang yang terpengaruh. Hantu tidak berjaya untuk bergabung dengan kesedaran seseorang dalam sebarang bentuk.

  • Hantu (syaitan, iblis, tenaga-tenaga negatif dsb.) hanya boleh merangsang atau mengaburi fakulti-fakulti orang yang dipengaruhi oleh hantu dengan tenaga hitam hantu.
  • Hantu boleh mempengaruh orang melalui tenaga hitam hantu dengan menyebabkan ruam kulit, pemikiran negatif atau mengaburi intelek orang tersebut di mana hasilnya tidak disebabkan oleh mana-mana sebab yang diketahui. Maka, ini adalah kawalan tidak langsung ke atas orang tersebut. Sebagai contoh, oleh sebab ruam kulit, orang tersebut mungkin tidak berupaya untuk pergi ke pertunjukan tarian yang dia berharap untuk menyaksikannya. Dengan cara ini, hantu menyebabkan orang yang dipengaruh oleh hantu mengalami ketidakbahagiaan dengan tidak membenarkan orang tersebut menurutkan hatinya untuk aktiviti-aktiviti yang diingini.
  • Orang yang dipengaruhi dengan tenaga hitam boleh difahami seperti kesan ke atasnya dengan kehadiran gas yang beracun dalam bilik. Gas beracun ini boleh memberi kesan kepada orang tersebut pada pelbagai tahap. Akan tetapi hantu akan mempengaruh aspek orang yang paling kondusif untuk mencapai objektifnya, iaitu mengganggu orang tersebut, memenuhi hasratnya, menghalang dari melakukan amalan rohani, dsb. Kita perlu memahami bahawa tenaga hitam hantu adalah amat merbahaya dari mana-mana gas yang teramat bahaya secara ketepatan, intensiti, kedalaman dan tempoh tindakannya.

2. Definisi penguasaan roh jahat

Penguasaan roh jahat bermaksud apabila hantu mengawal minda (emosi atau pemikiran) dan intelek (keupayaan membuat keputusan) seseorang dengan bersekutu dengan kesedaran/consciousness orang tersebut. Hasilnya, hantu juga mengawal tindakan orang tersebut.

  • Tindakan orang yang dikuasa oleh hantu dikawal secara separa atau sepenuhnya oleh hantu yang menguasai orang tersebut.
  • Hantu yang menguasai seseorang mungkin berada di dalam badan orang tersebut atau mengawal orang tersebut dari luar.
  • Apabila dikuasai oleh hantu, ia tidak memberi sebarang perbezaan terhadap intensiti penguasaannya jika hantu itu berada di dalam atau di luar.
  • Walaupun dalam kes penguasaan oleh tenaga hitam hantu adalah juga dalam penguasaan hantu, sama seperti Kesedaran Ketuhanan (Chaitanya) adalah termasuk dalam Orang Suci/Saints. Walau bagaimananpun, adanya perbezaan di sini hantu secara aktif melibatkan diri sendirinya dalam mengawal minda dan intelek untuk tujuan menyakiti orang tersebut.
  • Dalam kebanyakan kes, orang yang dikuasa oleh hantu tidak akan tahu bahawa mereka dikuasa oleh hantu sehingga ia wujud secara dramatik seperti yang ditunjukkan dalam filem Hollywood ‘The Exorcism of Emily Rose’.