1-Malay-sattva-raja-tama

Abstrak

Tiga komponen asas halus (trigunās) iaitu Sattva, Raja dan Tama  adalah ciptaan yang paling dasar. Ketiga-tiga komponen ini ada dalam semua benda hidup dan tidak hidup, wujud dan tidak wujud, tanpa diketahui oleh sains moden. Getaran yang dikeluarkan melalui apa sahaja benda bergantung kepada komponen asas halus yang mendominasinya. Ini juga mempengaruhi tingkah laku semua benda. Bahagian komponen ini dalam manusia boleh juga berubah melalui amalan rohani.

1. Pengenalan dan definisi

Tujuan artikel ini adalah untuk memberi pembaca suatu asas yang kukuh mengenai konsep tiga komponen asas halus. Ia adalah artikel yang penting untuk pembaca kita kerana ia membentuk asas kepada kebanyakkan artikel di laman web ini.

Menurut sains moden, Alam semesta terdiri daripada zarah-zarah fizikal yang asas yang mengandungi elektron, proton, neutron, meson, gluon and quark.

Walau bagaimanapun pada tahap rohani, Alam semesta terdiri daripada sesuatu yang sangat asas. Zarah-zarah asas ini dikenali sebagai tiga komponen asas halus (trigunās) iaitu Sattva, Raja dan Tama. Perkataan triguna, tri” bermaksud tiga dan “gunās” bermaksud komponen-komponen asas.

Ciri-ciri setiap komponen ini diterangkan dengan ringkas dalam jadual berikut:

3 komponen Ciri-ciri Adjective Example
sattva Kesucian dan pengetahuan Sāttvik Seorang yang Sāttvik – Hidup dengan berkhidmat kepada masyarakat tanpa harapan atau pengiktirafan atau ganjaran atau apa-apa motif yang tersembunyi
raja Tindakan dan ghariah Rājasik Seorang yang Rājasik – Hidup lebih untuk keuntungan dan kejayaan tersendiri
tama Kejahilan dan kelemahan Tāmasik Seorang yang Tāmasik – tiada sebarang masalah mencari pasal asalkan boleh maju ke hadapan atau memudaratkan masyarakat

Kita menyebut komponen-komponen halus kerana ianya tidak ketara, bukan fizikal secara alamiah dan komponen-komponen tersebut tidak boleh dilihat dengan apa-apa alat seperti mikroskop elektronik. Secara teknikal peralatan fizikal yang canggih pada masa yang akan datang juga tidak boleh berupaya untuk mengukur komponen-komponen tersebut. Tiga komponen asas halus ini hanya boleh disedari melalui organ deria halus atau deria keenam (ESP).

  • Komponen asas halus Sattva adalah komponen yang paling halus atau tidak ketara daripada ketiga-tiga komponen asas halus. Ia adalah komponen yang paling dekat dengan ketuhanan. Oleh itu pradominannya dalam seseorang dicirikan sebagai kebahagiaan, kepuasan, kemuliaan seperti kesabaran, ketabahan, keupayaan untuk memaafkan, keinginan rohani dsb.
  • Komponen asas Tama adalah paling dasar daripada ketiga-tiganya. Pradominasinya dalam seorang digambarkan sebagai kemalasan, tamak, rapat dengan hal-hal duniawi dsb.
  • Komponen asas Raja menyediakan perangsang kepada kedua-duanya, iaitu membawa tindakan. Ia bergantung kepada seorang yang lebih dominasinya sāttvik atau tāmasik komponen asas halus Raja akan membawa tindakan yang berkaitan dengan Sattva atau Tama.

Oleh sebab sifatnya tidak ketara bagi komponen asas halus Sattva, Raja dan Tama, di sekolah dan universiti yang mengajar sains moden tidak menyedari kewujudannya. Oleh itu komponen-komponen asas halus tersebut tidak disertakan dalam kurikulum. Hasilnya, konsep tiga komponen asas halus mungkin kelihatan ganjil kepada sesetengah daripada kita. Walau bagaimanapun ini tidak akan menafikan fakta bahawa ketiga-tiga komponen meliputi seluruh kewujudan kita dan dunia yang kita hidup. Bergantung kepada yang mana satu tiga komponen-halus yang mendominasi kita, ia mempengaruhi bagaimana kita:

  • Bertindak terhadap situasi
  • Membuat keputusan
  • Membuat pilihan
  • Menjalani hidup

Oleh kerana ketiga-tiga komponen bukan bersifat fizikal, ia adalah sukar untuk mengetahui komponen-komponen ini dan memberi ciri-ciri fizikalnya. Melalui artikel ini, kita telah berusaha untuk menjelaskan esensi dari ketiga-tiga komponen-halus dan bagaimana mereka mempengaruhi kehidupan kita.

2. Perbandingan di antara elemen fizikal terkecil dan tiga komponen asas halus

Jadual berikut memberi beberapa perbezaan asas di antara elemen fizikal terkecil yang diketahui oleh sains moden dan komponen-halus yang paling asas yang dikenali oleh sains kerohanian.

Parameter

Zarah fizikal yang terkecil

Komponen asas halus

Jenis Fizikal Halus dan tidak ketara
Bagaimana mengukurnya? Melalui peralatan fizikal seperti mikroskop elektronik Melalui deria keenam kita (ESP) melalui medium organ-halus kita
Terdapat pada Kesemua dunia fizikal Semua ciptaan, sama ada fizikal, psikologi atau rohani. Zarah fizikal terkecil juga terdiri daripada kombinasi Sattva, Raja dan Tama. Bahkan pemikiran kita, yang tidak ketara, terdiri daripada tiga komponen-halus.
Ciri-ciri mereka Mempengaruhi sifat-sifat fizikal ciptaan seperti sesuatu yang pepejal atau cecair dsb. Mempengaruhi tingkah laku semua ciptaan, keputusan dan pilihan kita buat dsb. Walau bagaimanapun komponen Sattva, Raja dan Tama akan mempengaruhi sifat-sifat fizikal, contohnya komponen Tama yang menyebabkan materialisasi atau pemejalan.

3. Bagaimana komponen halus asas kelihatan?

Gambarajah berikut diperolehi melalui deria keenam (ESP) yang menunjukkan bagaimana rupa komponen asas halus apabila mereka diaktifkan.

2-Malay-waves

Tiga komponen asas halus pada dasarnya zarah-zarah tidak ketara. Apabila mereka diaktifkan, contohnya apabila tenaga disertai, mereka kelihatan dalam bentuk gelombang.

Penjelasan daripada gambarajah

  • Warna: Komponen halus asas Sattva kelihatan kuning, komponen halus asas Raja merah dan komponen halus asas Tama hitam warnanya apabila dilihat melalui deria keenam yang sangat aktif.
  • Panjang Gelombang: Komponen halus asas Raja yang paling aktif seperti dilihat dalam panjang gelombang, komponen halus asas Sattva yang paling tenang mempunyai panjang gelombang yang lebih panjang. Sifat yang berantakan dan herot-benyot komponen halus asas Tama mencerminkan panjang gelombang yang tidak teratur.
  • Amplitud: Amplitud komponen Raja adalah yang tertinggi kerana ia adalah yang paling aktif. Amplitud komponen Sattva yang adalah terendah dan tetap, manakala komponen asas halus Tama rendah dan tidak tetap.
  • Panjang: Panjang mereka ditentukan sesuai mengikut keperluan fungsinya.

4. Tiga komponen asas halus dan lima Elemen Kosmik

Tiga komponen-halus juga terdiri daripada lima Prinsip Mutlak Kosmik (Panchamahābhūtās). Lima Prinsip Mutlak Kosmik ialah Mutlak Bumi (Pruthvītattva), Mutlak Air (Āpatattva), Mutlak Api (Tējtattva), Mutlak Udara (Vāyutattva) and Mutlak Eter (Ākāshtattva). Elemen-elemen Kosmik adalah tidak ketara secara am dan aspek paling halus dari elemen sebenarnya yang kita boleh dilihat dan dirasa. Sebagai contoh, Prinsip Mutlak Air adalah paling halus bentuk air yang mengalir ke sungai dan laut dsb. Pendek kata, lima Elemen Mutlak Kosmik adalah bahan pembangunan Alam Semesta. Akan tetapi mereka juga terdiri daripada tiga komponen asas halus.

Jadual berikut menunjukkan bagaimana setiap Elemen Kosmik berbeza dari segi komposisi dengan bahagian tiga komponen asas halus.

Tiga komponen asas halus dan lima elemen kosmik

Sattva Raja Тama
Bumi 10% 40% 50%
Air 20% 40% 40%
Api 30% 40% 30%
Udara 40% 40% 20%
Eter 50% 40% 10%

Seperti yang dilihat dari jadual di atas, Prinsip Mutlak Bumi mempunyai nilai Tama  yang tertinggi; maka ia adalah juga terberat. Komponen asas halus Tama menghadkan kewujudan, manakala komponen asas halus Sattva mengembangkannya. Ini menjelaskan mengapa Prinsip Mutlak Bumi paling rendah tarafnya di antara lima Elemen Kosmik. Ia juga menerangkan mengapa Prinsip Mutlak Eter paling halus dan sattvik dan maka paling berkuasa. Penurunan kadar komponen asas Tama di antara lima Elemen Kosmik yang utama membuatkan elemen-elemen tersebut semakin tidak berwujud. Sebagai contoh, Api kurang kasar atau ketara daripada Bumi.

Manusia terbentuk dari komposisi yang lebih dominasi Prinsip Mutlak Bumi dan Mutlak Air. Seorang individu yang mula berkembang secara rohani, dia mula berfungsi pada tahap yang berperingkat lebih tinggi, seperti Prinsip Mutlak Api dsb. Ini bercirikan melalui pancaran cahaya daripada seorang yang berkembang secara rohani. Apabila ini berlaku, keperluan asas seseorang mula berkurangan, seperti keperluan makanan dan tidur. Tambahan, kemampuan dan kapasitinya untuk melakukan pelbagai aktiviti meningkat secara kuantitatif dan kualitatif.

5. Tiga komponen asas halus dan dunia

5.1 Bencana alam

Jika adanya peningkatan Raja dan Tama d dunia, ia diterjemah sebagai peningkatan perang, aktiviti pengganas dan bencana alam. Peningkatan Raja dan Tama di dunia menyebabkan ketidakstabilan lima Elemen Kosmik yang menghasilkan bencana alam. Sila rujuk artikel mengenai sebab-sebab sebalik peningkatan intensiti bencana alam.

5.2 Benda bukan hidup

Carta berikut menunjukkan perhubungan di antara benda bukan hidup dan tiga komponen asas.

Bahagian komponen asas halus dalam pelbagai benda bukan hidup

Sattva Raja Тama
Kuil, tempat suci, penziarahan ke tempat suci 5% 1% 94%
Tempat biasa 2% 2% 96%
Tempat jahat 1% 1% 98%

5.3 Makhluk hidup

Carta berikut menunjukkan perhubungan di antara makhluk hidup dan tiga komponen halus. Seperti yang anda boleh lihat, kehidupan mempunyai nilai yang tinggi dari segi komponen asas halus Sattva keseluruhannya berbanding dengan tempat ibadat menunjukkan jadual di bawah.

Bahagian komponen asas halus dalam pelbagai benda hidup

Sattva Raja Тama
Orang Suci/Saint 50% 30% 20%
Orang biasa 20% 30% 50%
Orang jahat 10% 50% 40%
Orang cacat mental 10% 30% 60%
Binatang-burung 10–20% 25–40% 40–65%
Tumbuh-tumbuhan 5–10% 10–15% 65–85%

Ini juga merupakan sebab-sebab mengapa tahap rohani seseorang dalam sesuatu premis mempunyai impak yang lebih besar pada keseluruhan getaran yang memancar dari tempat tersebut berbanding premis tersebut. Sebagai contoh, jika seorang pada tahap Orang Suci/Saint memasuki premis yang mempunyai getaran negatif disebabkan kesalahan konstruksi, ia akan mempunyai kesan yang boleh diabaikan ke atas Orang Suci/Saint. Oleh itu sains Feng-shui dan sains yang mengkaji premis (vāstushāstra) adalah lebih berkaitan kepada seorang pada tahap rohani yang rendah atau seorang yang tidak melakukan amalan rohani.

6. Tiga komponen asas halus dan manusia

Dalam sub-bahagian berikut, kita menjabarkan bagaimana tiga komponen asas memberi impak kepada aspek yang berbeza dalam kehidupan.

6.1 Berkaitan dengan apa yang kita terdiri

7-Malay-sattva-raja-tama-human

Peratusan ketiga-tiga komponen halus

Tubuh

Sattva

Raja

Tama

Tubuh fizikal

20%

40%

40%

Tubuh Mental atau Minda

30%

40%

30%

Tubuh Kasual atau Intelek

40%

40%

20%

Tubuh suprakausal atau Ego Halus

50%

40%

10%

Komponen asas halus Raja berkaitan dengan fungsi badan, bahagiannya sama dengan semua badan. Walau bagaimanapun seperti yang anda boleh lihat dari jadual di atas, terdapat perbezaan yang besar di antara komponen Sattva  dan Tama di seluruh badan. Ini mempunyai impak langsung dalam keupayaan badan yang memberi kebahagiaan yang berkekalan dan berpanjangan. Sebagai contoh, komponen Sattva dalam tubuh intelek adalah tinggi berbanding dengan tubuh fizikal. Oleh itu kualiti kebahagiaan yang kita alami apabila kita dirangsang secara intelektual dan dan berpuas hati adalah kualiti yang paling tinggi dan lebih berpanjangan daripada pengamalan disebabkan tubuh fizikal.

6.2 Berkaitan dengan tahap rohani

Tahap rohani dan bahagian tiga komponen asas halus adalah sangat saling terkait di antara satu dengan lain. Walau bagaimanapun perhubungannya adalah seperti ayam dan telurnya. Kita boleh katakan bahawa tahap rohani seseorang didefinisikan melalui pradominasi komponen Sattva, Raja dan Tama. Secara alternatifnya kita boleh katakan juga bahawa pradominasi mana-mana amalan yang kita mula mengubah bahagian tiga komponen asas halus di dalam kita ke arah menjadi lebih banyak bahagian komponen Sattva. Dalam erti kata lain, kita mengubah komponen Tama ke komponen Sattva.

Apabila kita menaja lebih komponen Sattva di dalam kita (perkadaran di antara dua komponen-halus), ia secara positif memberi kesan kepada tahap rohani kita dan personaliti kita.

Graf berikut menunjukkan perbezaaan bahagian tiga komponen halus asas di dalam kita apabila kita meningkatkan tahap rohani melalui amalan rohani.

8-Malay-spiritual-level-sattva-raja-tama

Nota kaki: 

  1. Selepas tahap rohani 50%, pembahagian tiga komponen kekal statik. Ini disebabkan bahawa seorang tidak boleh mempunyai kurang daripada 20% Tama. Jika ini berlaku orang itu akan mula kehilangan kewujudannya. Oleh yang demikian, selagi seseorang mempunyai tubuh fizikal komponen Tama tidak boleh kurang daripada 20%. Walau bagaimanapun kesan daripada komponen ke atas seorang akan cair dengan lebih peningkatan tahap rohani, lebih-lebih lagi pada tahap rohani 80%, kesan mereka ke atas seseorang boleh diabaikan. Dalam sub-bahagian seterusnya kita menerangkan mengenai pencairan dengan mendalam.
  2. Selagi orang Suci/Saint pada tahap rohani 100% dengan tubuh fizikal, dia akan terdiri daripada tiga komponen asas halus. Sebaik sahaja dia meninggal dunia dan meninggalkan tubuhnya ke semua tiga komponen asas halus menjadi sifar dan Orang Suci/Saint bersatu sepenuhnya dengan Tuhan. 

6.3 Pengurangan pengaruh tiga komponen-halus dengan peningkatan tahap rohani

Ketika kita berkembang secara rohani apa yang pada asasnya berlaku adalah kegelapan lima deria, minda dan intelek mula berkurangan dan seterusnya Jiwa (iaitu Tuhan) di dalam kita mula bersinar. Kita rujuk kepada lima deria, minda dan intelek sebagai kegelapan atau kejahilan apabila kita sentiasa berjauhan daripada identiti kita yang sebenar, iaitu, Tuhan di dalam kita atau Jiwa.

Jiwa, iaitu Tuhan di dalam kita, melampaui tiga komponen asas halus dan oleh itu tidak terdiri daripada mereka. Oleh itu lebih banyak cahaya Jiwa bersinar di dalam kita melalui amalan rohani, kurangnya pengaruh tiga komponen-halus yang menguasai personaliti kita, pilihan dan tindakan. Pada peringkat akhir perkembangan rohani kita apabila cahaya Jiwa yang bersinar dan tiga komponen-halus dicairkan dan tidak lagi memberi pengaruh kepada personaliti kita.

9-Malay-reduction-of-the-influence

 

6.4 Kaitan dengan personaliti kita

10-Malay-sattva-raja-tama-face

Dalam jadual di bawah, kita telah memberi beberapa petanda yang akan membantu kita menentukan jenis personaliti seseorang yang tertonjol berdasarkan pradominasi komponen-halus. Ini adalah hanya petanda untuk memberi pemahaman asas. Analisis yang betul yang didominasikan komponen asas halus dalam seorang hanya boleh dipastikan melalui deria keenam seorang (ESP).

Orang yang Sattvik

Orang yang Rājasik

Orang yang Tamasik

Kecacatan personaliti

Kawalan sepenuh emosi, pemikiran dan tindakan

Marah, cemburu, bangga, ego, suka mengarah, mencari perhatian, tamak, melepasi batas untuk memenuhi cita-cita duniawi dan keinginan, berkhayal

Malas, tidak aktif, tertekan, terlalu mementingkan diri sendiri, tidak mengingati orang lain atau mencederakan mereka apabila memenuhi kepentingan sendiri dipenuhi, cepat marah

Sifat baik

Semua sifat baik, jujur dan mengikut hukum, tenang, stabil, intelek, tidak ego. Akhirnya melampaui sifat baik dan kecacatan. Tidak takut akan kematian.

Rajin tetapi usahanya tanpa arah dari segi perkembangan rohani

Tidak ada

Cara utama memperolehi kebahagian

Memperoleh pengetahuan, kemahiran, menolong orang lain, meditasi, meningkatkan tahap rohani. Akhirnya melampaui kebahagian-tketidakbahagian dan ke arah kebahagian Abadi/Bliss

Memperoleh kuasa, harta-benda duniawi

Makan, minum, hubungan seks dsb.

Kaitan dengan orang lain

Hidup untuk berkhidmat untuk masyarakat dan membantu orang berkembang secara rohani. Di sini berkembang secara rohani bermaksud dari segi lebih universal mengikut 6 prinsip asas amalan rohani.

Penting diri atau membantu orang lain dengan ego yang banyak mengenai bantuan yang diberi.

Mencederakan orang lain. Terlalu tamasik – mencederakan masyarakat atas nama agama atau ideologi.

Tidur

4-6 jam

7-9 jam

12-15 jam

Kekuatan rohani

Tinggi

Sedikit

Terlalu rendah 1

Kaki nota: 

  1. Pengecualian dari ini ialah ahli sihir-halus yang mempunyai banyak kekuatan rohani disebabkan mengamalkan amalan rohani untuk tujuan kejahatan tetapi mendominasikan tamasik.

Sifat-sifat ini tidak saling eksklusif. Sebagai contoh, orang sattvik mungkin memerlukan 9 jam untuk tidur atau orang tamasik mungkin mempunyai sifat baik seperti tolenrasi. Tetapi sifat seseorang ditentukan melalui keseluruhan sifat baik dan kecacatan. Oleh itu, seorang tidak patut memutuskan tentang diri sendiri atau orang lain berdasarkan satu atau dua ciri-ciri tetapi perlu mempertimbangkan gambaran keseluruhan.

Ia juga adalah sangat jarang untuk menemui seorang yang keseluruhannya sattvik, rajasik  atau  tamasik. Kebanyakkan orang adalah berdominasi Sattva-Raja atau Raja-Sattva atau Raja-Tama. Orang yang Sattva-Raja akan mempunyai ciri-ciri kedua-dua Sattva dan  Raja  dalam perkadaran yang sama dengan pradominasi Sattva. Dalam kes ini orang yang Raja-Sattva  ia akan menjadi sebaliknya.

Bergantung kepada komponen-halus yang paling berdominasi dalam seorang, mereka akan menojolkan jenis personaliti tersebut. Walau bagaimanapun sebagaimana seseorang berpakaian atau menutupi dirinya dengan pakaian yang mahal dan aksesori  dan pandai bercakap, frekeunsi asas seorang akan dikeluarkan berdasarkan komponen-halus yang paling mendominasikan seorang. Mereka dengan deria keenam yang matang boleh melihat melampaui lapisan luar yang ditonjolkan oleh seorang kepada dunia dan menangkap frekuensi tidak ketara dan halus. Hasilnya, mereka dengan senang dapat menyatakan sifat asas seorang contohnys sattvik, rajasik atau tamasik dan ciri-ciri yang mereka kemungkinan menonjolkan.

Ujian litmus yang sebenarnya pada pradominasi komponen-halus seorang adalah apabila dia dibiarkan dalam keadaan seorang diri. Seorang secara amnya menunjukkan sifat sebenarnya dalam situasi di mana dia tidak diawasi dan dilihat melalui tingkah lakunya. Contoh berikutnya akan menjelaskan dengan jelas.

Mari kita ambil contoh di dalam di sebuah kelas yang mempunyai murid-murid gred 4. Mereka adalah kumpulan bising, suka bergaduh dengan cikgu yang cuba sedayanya mendisiplinkan mereka. Jika cikgu bercakap dengan suara yang tegas dia mempunyai peluang yang saksama untuk menyenyapkan kelas. Hasilnya, kelas itu senyap hanya dengan kehadiran cikgu tersebut. Apabila cikgu itu beredar seketika kelas itu akan kembali dengan cara kenakalan mereka. Ini adalah kerana budak-budak tersebut secara am bersifat rajasik dan  tamasik.

Jika sebaliknya adanya seorang budak sattvik dalam kelas dan rakan-rakanya cuba melibatkannya dalam beberapa perbuatan tidak betul seperti buli, mainkan usikan yang buruk atau menipu, budak tersebut tidak akan mematuhi kerana sifat asasnya sattvik. Dia kemungkinan merasakan simpul diperutnya daripada menikmati apa yang disaran oleh rakan-rakan sekelasnya. Dia tidak akan memaafkan dirinya jika dia melakukan tindakan yang salah.

Maka daripada cuba seolah-olah mengubah budak melalui berleter mengenai nilai moral, perubahan tetap boleh dijumpai jika menggalakkan amalan rohani dan membesarkan mereka dalam persekitaran rohani yang konduksif yang akan meningkatkan komponen Sattva mereka.

7. Tiga komponen asas halus dan gaya hidup kita

Kesemua di sekeliling kita boleh dikategorikan sebagai sattvik, rajasik atau tamasik bergantung kepada dominasi komponen-halus yang terdiri daripadanya. Dominasi komponen-halus dalam apa sahaja hanya boleh diukur dengan deria keenam (ESP) seseorang.

Kita telah menyediakan beberapa contoh yang generik untuk pelbagai aspek dunia yang kita hidup dan dominasi komponen-halus. Bergantung kepada sama ada kita adalah individu sattvik, rajasik atau tamasik, kita akan tertarik ke arah gaya hidup sattvik, rajasik atau tamasik.  Juga kaitan diri kita dengan komponen tertentu melalui pilihan gaya hidup kita meningkatkan komponen-halus masing-masing di dalam kita.

Tiga komponen asas halus dan gaya hidup kita

Sāttvik

Rājasik

Tāmasik

1-salad

Makanan

Gandum, timun, bayam, gula, susu, mentega, mentega tulen (ghee), kayu manis, badam, walnut, gajus Sangat masin, makanan yang pahit, masam, pedas dan panas. (contohnya teh atau kpi yang terlalu panas), bawang, bawang putih Sayur kering, makanan yang sejuk atau dibeku, makanan yang dipanaskan dua kali, berbau busuk, basi, makanan kotor, makanan separuh masak (seperti dalam daging mentah), makanan yang tidak dimasak, makanan yang susah dicerna, makanan bukan vegetarian, arak dan alkohol
2-colour

Warna

Putih, kuning, biru Merah, Merah tua, Hijau, Ungu Hitam, apa sahaja warna gelap yang mempunyai peratusan hitam yang tinggi
3-clothes

Pakaian (kain)

Serat semulajadi seperti kapas, sutera, kulit lembu Kulit haiwan Pakaian buatan manusia seperti lycra, nilon, dsb. Pakaian terkoyak, Pakaian yang tidak diseterika
4-music

Musik

Lagu ditulis oleh Orang Suci/Saint, musik digubah oleh Orang Suci/Saint Muzik country, musik pop, kebanyakkan lagu filem dsb Heavy metal, musik yang menggalakkan keganasan dan pengambilan dadah
5-movies

Filem

Penyedaran kepada masyarakat untuk menjadikan dunia tempat lebih baik dari segi rohani atau pada tahap duniawi Filem aksi, filem seram Pronografi, Keganasan, Filem-filem Seram
6-books

Buku-buku

Buku-buku yang meningkatkan emosi dan merapatkan ke dunia. Buku-buku yang meningkatkan emosi dan merapatkan ke dunia. Buku-buku yang mendorong degradasi Kerohanian, memudaratkan masyarakat
7-students

Persahabatan dan hiburan

Pencari Tuhan yang mengamalkan kerohanian mengikut lima prinsip amalan rohani Penglibatan sosial iaitu topik perbualan mengutamakan isu-isu duniawi, perniagaan dsb. Membeli-belah sebagai hobi Persahabatan dengan penagih dadah, pesta hangat, pesta yang menggalakkan apa –apa jenis ketagihan, pertemuan yang memudahkan kemudaratan kepada masyarakat
8-couple

Perkahwinan

Perkembangan rohani menjadi fokus dalam hubungan pasangan suami isteri, cinta rohani tanpa harapan Megumpulkan pemilikan duniawi, cinta duniawi dengan harapan Perbalahan, ketidakpercayaan, keganasan dan pergaduhan

8. Tiga komponen-halus dan hantu (iblis, syaitan, tenaga negatif dsb)

Hantu (iblis, syaitan, tenaga negatif dsb)dominasi utamanya adalah Raja dan Tama. Hantu dari hieraki yang rendah, iaitu di bawah 50% tenaga rohani adalah hantu yang biasanya dominasi Raja-Tama. Hantu dari hieraki yang tinggi iaitu lebih daripada 50% tenaga rohani seperti ahli sihir dari rantau ke-6 atau ke-7 Neraka berdominasi Tama-Raja.

Hantu yang berdominasi Raja-Tama, mereka sering di persekitaran Raja-Tama di Bumi kerana mereka kemungkinan besar menjumpai orang yang berdominasi Raja-Tama di sana. Orang yang sama berfikiran adalah sasaran ideal untuk merasuki dan menjalankan pelan hantu di Bumi. Dalam erti kata lain, orang yang berdominasi tamasik dan mereka yang sukakan memudaratkan orang lain mempunyai peluang yang tinggi untuk dikuasai oleh hantu untuk membahayakan masyarakat

Prinsip sebalik melindungi seseorang daripada hantu adalah meningkatkan sāttviktā seseorang. Hantu adalah tamasik, mereka tidak boleh bertolerasi di persekitaran atau orang yang tinggi sattvik. Ini merupakan sebab mereka tidak boleh merasuk Orang Suci/Saint pada tahap tertinggi atau seorang Guru.

Rujuk ke artikel mengenai, ’Mengapa seorang yang terasuk bermanifetasi ketika berhubung dengan pengaruh sattvik yang lebih tinggi? 

9. Kesimpulan 

Perkara utama yang diambil dari artikel ini:

  • Kita semua memancarkan frekuensi-frekuensi Sattva, Raja atau Tama bergantung kepada komponen-halus yang mendominasi kita. Semakin banyak komponen Sattva di dalam kita semakin baik personaliti kita dan semakin tinggi keberhasilan yang berkesinambungan dan kepuasan dalam kerjaya, hubungan dan kehidupan.
  • Komponen Sattva boleh meningkat melalui amalan rohani bersama-sama dengan menjauhkan diri seorang dari pengaruh Raja dan Tama sebanyak mungkin.
  • Persahabatan yang kita ada adalah pengaruh kuat dalam membantu kita dalam amalan rohani.
  • Hantu-hantu akan mengambil kesempatan persekitaran dan orang yang berdominasi Tama untuk melakukan aktiviti mereka yang membahayakan masyarakat dan mengurangkan Kebenaran (Dharma) dalam dunia ini.